Thursday, February 23, 2012

Pelaburan, Simpanan, Perlindungan

Masih ramai lagi orang ramai di luar sana yang belum jelas maksud dan juga fungsi antara pelaburan, simpanan dan perlindungan berbeza antara satu sama lain. Takaful untuk perlindungan, manakala akaun bank untuk simpanan dan saham serta unit amanah untuk pelaburan. Setiap satu mempunyai fungsi dan peranan tersendiri.

Takaful adalah untuk persediaan bagi menghadapi saat-saat kecemasan dan musibah seperti masuk hospital, sakit kritikal, lumpuh dan kematian.

Fungsi simpanan pula terbahagi kepada tiga iaitu:

  • Jangka pendek
  • Jangka sederhana, dan
  • Jangka panjang.

Saudara pengunjung blog, fungsi simpanan jangka pendek adalah untuk memperuntukkan sebahagian wang untuk masa-masa kecemasan yang tidak dilindungi takaful seperti paip bocor, kereta rosak, serta duit hilang.

Fungsi simpanan jangka masa sederhana pula adalah seperti perancangan percutian dan pembelian perabot.

Fungsi jangka masa panjang pula adalah seperti pendidikan anak-anak, persaraan, dan pembelian rumah.

Fungsi pelaburan pula adalah untuk menggandakan wang simpanan yang ada.

Begitu juga halnya dengan takaful. Memang benar, kita boleh menggunakan takaful sebagai peralatan untuk simpanan dan pelaburan, tetapi hasilnya sudah tentu berbeza apabila kita menyimpan di dalam bank atau melabur di ASB.

Apabila kita menyimpan wang di dalam bank, beberapa bulan selepas itu kita boleh mengeluarkan jumlah yang sama sebagaimana yang kita simpan. Apabila kita menyimpan RM100 sebulan ke dalam bank, kita akan mendapat RM1,200 selepas setahun kita menyimpan. Mungkin dengan sedikit keuntungan.

Untuk pengetahuan semua, ini tidak berlaku apabila kita menyimpan dalam takaful. Wang sumbangan untuk setiap polisi takaful, hanya sebahagian kecil yang masuk ke dalam akaun simpanan. Apabila kita membayar RM100 sebulan untuk polisi takaful, kita tidak akan dapat mengeluarkan RM1,200 selepas setahun menyertai skim ini.

Apabila menyertai skim takaful dengan bayaran RM 100 sebulan, sekiranya berlaku musibah dalam tempoh tersebut, kita bukan sahaja mendapat RM1,200. Malah berpuluh kali ganda dan mungkin mencecah seratus kali ganda daripada wang simpanan kita.

Inilah yang membezakan takaful dengan peralatan-peralatan kewangan yang lain.

Saya pasti dengan perkongsian ini anda telah sedikit sebanyak faham mengenai 3 konsep ini, iaitu Pelaburan, Pelindungan dan simpanan

Public Mutual Investment::::::Mengira Keuntungan Pelaburan::

Semalam, aku berkira-kira untuk membuat pelaburan dalam Public Mutual Investment, tetapi sebelum nk invest, mesti nak mengetahui kadar pendapatan dan cara pengiraan keuntungan. .

Mari kita cuba buat pengiraan ringkas untuk membuka minda bakal-bakal pelabur dalam Unit Trust ini. Ada yang kurang pasti punca keuntungan yang bakal mereka perolehi. Perlu diingat, pelaburan dalam Unit Amanah adalah berasaskan unit.

1. Pembelian unit pelaburan pertama kali.

Katakan seorang pelabur muda, telah melabur untuk simpanan jangka panjang beliau seperti maklumat dibawah.

Modal pelaburan bagi dana PIDF = RM 5,000.00

Servis Caj yang dikenakan = 5.5%

NAV unit (harga seunit) = RM 0.2100 per unit

Tempoh pelaburan diabaikan.

Panduan Asas:

  • Jumlah Pelaburan = Modal permulaan / Jumlah caj perkhidmatan
  • Jumlah Caj perkhidmatan = Caj Perkhidmatan x Jumlah pelaburan
  • Unit Yang Diperolehi = Jumlah Pelaburan / NAV per unit (harga seunit)

Formula Asas:

Jumlah Pelaburan = Modal / [ cas perkhidmatan + 1 ]

–> Masukkan data pelaburan di atas ke dalam formula.

1. Jumlah pelaburan = RM 5000.00 / [ 5.5% + 1 ]

= RM 5000.00 / 1.055

= RM 4739.00 <– inilah wang anda untuk pelaburan setelah ditolak caj perkhidmatan.

Nak tahu nilai caj perkhidmatan.

2. Jumlah Caj Perkhidmatan = Caj perkhidmatan x Jumlah pelaburan

= 5.5% X RM 4739.00

= RM 261.00 <– ini caj perkhidmatan yang perlu anda bayar jika modal RM 5,000.00

Unit yang anda perolehi.

3. Unit perolehi = Jumlah pelaburan / NAV dana tersebut

= RM 4739.00 / RM 0.2100 per unit

= 22,567 unit <– ini jumlah unit pelaburan anda


Ingat!. Pembelian semasa pada harga unit yang rendah akan membolehkan anda mendapat tukaran kepada jumlah unit yang lebih banyak berbanding pembelian pada harga semasa unit yang tinggi. :)

Katakan, pengagihan pada tahun tersebut yang diumumkan adalah sebanyak 2 sen, maka pengagihan yang bakal diperolehi oleh pelabur adalah seperti berikut:-

22,567 unit X RM 0.0200 = RM 451.00

Keuntungan daripada pengagihan tersebut akan diberikan dalam bentuk unit kepada pelabur. Nilai di atas akan dipecahkan kepada unit-unit seperti berikut:-

Andaikan harga unit semasa bagi dana PIDF telah berubah kepada RM0.2200/unit.

Jadi , RM 451.00 ÷ RM 0.2200/unit = 2,050 unit baru .

Oleh itu, unit asal adalah ( 22,567 ) + unit baru ( 2,050 ) = ( 24617 ) unit keseluruhan.

Unit ini iaitu sebanyak 24,617 akan dilaburkan secara automatik untuk tahun akan datang.

Begitulah setiap tahun sehingga pelabur muda tersebut menjual unit-unit dalam akaunnya.

2. Jualan Balik Unit-unit dalam Dana PIDF.

Andaikan pelabur tersebut ingin menjual semua unit dana PIDF setelah mendapat pengagihan seperti di atas.

Jumlah unit baru sebanyak 24,617 tadi akan memberi nilai pulangan kepada pelabur muda tadi.

Contoh jualan unit:-

Katakan, harga semasa dana PIDF adalah RM 0.2200, anda boleh membuat jualan balik unit-unit tersebut kerana harganya tinggi daripada harga belian dahulu. Pengiraan adalah seperti berikut:-

24,617 unit X RM0.2200 = RM 5415.74

RM 5,415.74 adalah hasil daripada pelaburan pelabur muda tersebut. Jangka masa diabaikan dalam contoh diatas.

Secara kesimpulan, pelabur muda mendapat punca keuntungan daripada modal yang dilaburkan daripada:-

  • Agihan yang diberikan
  • Turun-naik harga unit dana. (beli masa murah jual pada harga tinggi)
  • Pecahan unit ( pecahan unit boleh dikatakan sebagai bonus kepada pelabur. waktu tertentu sahaja diberikan dan tiada ketetapan)

Walau bagaimana pun terdapat Servis Caj lain yang akan dikenakan setiap tahun, iaitu sebanyak 1.5% dari nilai NAV, bergantung kepada servis caj – servis caj yang telah dikenakan mengikut dana-dana tertentu.


Credit to Ahmad Hanizam Abdullah


2012 Tahun Penuh Sinar

Genap setahun aku meninggalkan blog ini, meninggalkan ia hingga bersawang, berhabuk dan tanpa diselenggara.
Namun, terdetik di hati ini untuk kembali menjadikan ianya dekat dengan diri ini yang lemah, chewahhh!! ayat drama tv.

Aku rasa dah agak terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru kerana 2012 telah hampir menjengah bulan ke tiga didalam kalendarnya, namun, aku berharap tahun 2012 akan menjasi tahun yang amat bersinar dalam hidup ini, kerana sedikit anjakan paradigma telah aku lakukan dalam diri ini, bermula dari pertengahan tahun 2011 lagi, dan diteruskan hingga ke tahun ini.

tahun 2012 merupakan tahun di mana azam aku berkobar-kobar, pelbagai objektif hidup ingin capai dalam tahun ini, mengharapkan kehidupan yang lebih bahagia. Mencari cinta, membaiki kelemahan diri, membuang perkara negatif dalam diri, itu adalah antara intipati azam aku pada tahun ini.

Sebenarnya, banyak koleksi cerita menarik telah aku kumpulkan untuk dimuatkan disini, tetapi, oleh kerana masa terlalu singkat dalam jadual seharian aku, aku terpaksa menangguhkan seketika soal penulisan ini.

Aku berharap, selepas ini, dengan pengalaman, akan aku dapat menguruskan waktu dengan baik untuk dapat kembali menulis di blog ini.

Pada yang sudi menjengah ke sini, aku ucapkan setinggi penghargaan.

Thanks guys!!!