Saturday, February 26, 2011
Nasi Lemak:::The Best Breakfast Ever:::Anjung Sri Wangsa
Apakah sarapan yang anda ambil hari ni? bagaimana pula kandungan nutrisi dalam sarapan anda?? Kalori?? Serat?? gula??
hehe, saya hanya bergurau, sebenarnya saya bukanlah seseorang yang arif tentang nutrisi makanan serta kandungan lemak bagi sesuatu makanan tu. Tetapi, hari ini, saya bersarapan dengan sebungkus nasi lemak. hehe(bujang kan, makan nasi bungkus je la).
Sila lihat gambar, jika nasi lemak tu boleh di fotostat, semestinya saya fotostat untuk menikmatinya sekali lagi. Melihat gambarnya pun dah membuatkan saya terliur buat kali kedua. hehe. Tapi, ingin saya tegaskan, memang nasi lemak pagi ni is da best among among da best lah. Mang meletop.
Jika anda pernah datang ke Ampang, di Taman Putra Sulaiman yang dikenali dengan kawasan korea ni, ada sebuah kedai makan bernama Anjung Sri Wangsa. Memang nasi lemak kt sini cara habis. Memang jadi kegemaran saya untuk bersarapan di sini. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai pilihan lauk yang ada di kedai makan ni untuk diselitkan bersama nasi lemak kt sini. Saya rasa anda patut datang mencubanya sendiri.
Anda bayangkan, nasinya yang memang lemak, seolah-olah menggunakan kelapa yang terbagus, rasanya ckup lemak, pejal dan nasinya juga gemuk2 (beh la sebab sedap kunyah kalau nasi gemuk ni-Bagi saya la). Bilisnya rapuh, tidak keras dan tidak pula kenyal. Dengan sambal yang ckup pedas serta manis juga masinnya. Ditambah pula dengan telur mata serta lauk tambahan iaitu sambal sotong plastik yang semestinya membakar selera, ummpphhh...
Kalau anda nak tahu, di Anjung Sri Wangsa ni, makanan dia memang the best la kalau masakan original orang melayu. Dek kerana berdekatan dengan ofis saya, setiap hari, kami satu ofis selalu lunch di situ. Memang boleh dikatakan sebagai pelanggan tetap la. Kalau ada function kt ofis pun kitorang tempah dari Anjung Sri Wangsa tu.
EEmmmm, rasanya tak habis jika ingin bercakap tentang makanan kat situ yang sedap habiss, licinnn....ha3. Apa-apa pun, yang semestinya, perut kita kenyang dan hati kita senang tanpa sebarang penyakit. Makan, makan juga, kesihatan mesti dijaga.
Sekian dulu untuk post kali ni.
Wassalam.
Friday, February 25, 2011
Peniaga Pasar Malam::::Kemahiran Asli
Jumaat, 25feb2011, Seorang insan Mohd Al Amin itu, seperti biasa, paginya bangun dan ke Ofis untuk bekerja. Pada waktu tengahari, saya ke masjid untuk solat jumaat. Dek kerana kebosanan berada di ofis yang sekarang seolah-olah seperti cc kerana projek belum lagi kami terima daripada Project Engineer, saya dan saudara seperjuangan saya iaitu Muhamad Firdaus, mengambil keputusan untuk balik awal dan membuat keputusan ke arah pekan Rawang dan Bukit Beruntung untuk mengambil motosikal saya yang sudah lama ditinggalkan di sana.
Di Bukit Beruntung, kami terpaksa mengusung motosikal Yamaha 125zr saya itu dari tingkat 2 apartment kerana lif di sana rosak. Kami berdua seolah-olah dua orang badang yang agak kuat kerana berjaya dengan misi kami tersebut. Bagi meraikan kejayaan tersebut, saya berhasrat membelanja saudara seperjuangan saya itu. Justeru, kebetulan di situ terdapat sebuah pasar malam.
Di Pasar malam tersebut, Bermulalah kisah tentang seorang peniaga ayam di situ. Sambil menunggu kakak saya mendapatkan lauk untuk juadah kami makan malam td, saya menunggu kakak yang saya sebutkan tadi di bahagian parking motosikal. Di situ, saya asyik memerhati gelagat dua orang peniaga ayam di pasar malam tersebut. Saya seolah-olah kaget dan kagum dengan kemahiran beliau memotong ayam. Anda Cuba bayangkan, beliau dapat memotong seekor ayam yang lengkap dengan kaki, kepala dan organ dalaman dalam masa tidak lebih 2minit. Saya hairan dengan kepakaran beliau berdua ini. Di dalam kotak fikiran saya,saya tertanya-tanya, bagaimana mereka menjadi semahir itu, sedangkan seorang suri rumah yang selalu memotong dan menyiang ayam pun tidak dapat menandingi peniaga ayam tersebut. Jika kemahiran seperti mereka ini diketengahkan ke restoran-restoran terkenal, pasti mereka akan mendapat suatu impak dari segi pendapatan mereka.


OOOHHH Malaysia, negaraku yang ckup indah. Mempunyai keunikan tersendiri. Semua lapisan Masyarakat yang berada dengan mu Malaysia, mempunyai keunikan tersendiri. Aku sebagai Rakyat Malaysia bersyukur akan keindahan ini.
Berbalik kepada peniaga td, saya berdoa mereka akan mendapat rezeki yang halal dan diberkati Allah serta dijauhi dengan hasad dengki manusia serta gangguan syaitan.
Moral yang boleh kita lihat di sini, kita tidak boleh memandang remeh dengan profession orang lain kerana setiap profession mempunyai kepentingan serta beneficial yang tersendiri. Jika kita fikir, jika tiada peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja, di mana kita akan mendapat sumber makanan kita. Jadi, anda fikirkanlah, walau setinggi mana pun anda berada, anda tetap memerlukan orang bawahan bagi melengkapkan segala urusan anda.
Berbalik kepada urusan harian saya tadi, setelah menunggu, kami bertiga (saya, kakak dan anaknya, my lovely baby boy) beredar. Kakak saya sempat membeli ayam di gerai peniaga ayam tersebut. Murah rezeki dan semoga Allah memberkati mereka.
Sekian, Wassalam.
Mall Puaka:::::Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Misteri
Kemayan City Mall, Tampoi
Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.
Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.
Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.
Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.
Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.
Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.
Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.
Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.
Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.
Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.
Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.
Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.
Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.
“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.
“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.
“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.
“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.
“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,” katanya
