Wednesday, March 28, 2012

Asal Usul badminton, 'POONA'

Ianya dimainkan oleh pegawai-pegawai tentera British di India. Kemudian pegawai-pegawai British yang pulang bercuti di England telah memperkenalkannya di sana.



Iklan ini diambil dari sebuah majalah lama terbitan tahun 1984 memaparkan pemain badminton perseorangan Malaysia yang berada di kemuncak pada ketika itu iaitu Dato' Misbun Sidek dengan rambut blonde nya sebagai model utama iklan.

Pada ketika Dato' Misbun berusia awal 20-an dan gaya rambutnya itu juga turut menjadi ikutan remaja pada waktu itu. Iklan bateri Eveready ini menawarkan hadiah sebuah Suzuki Jimny sebagai hadiah utamanya.

POONA begitulah nama asal permainan badminton kira 130 tahun yang lalu. Permainan itu berasal dari negeri India.

Ianya mula dimainkan di England, di sebuah tempat bernama Badminton, sebuah kawasan kepunyaan Duke of Beaufort. Mengambil nama tempat inilah maka permainan itu dipanggil badminton.

Pada asalnya gelanggang permainan badminton bukan seperti yang digunakan sekarang. Hanya dalam tahun 1901, gelanggang rasmi diperkenalkan. Permainan badminton menjadi begitu popular ke seluruh dunia termasuklah Malaysia. Pada tahun 1920-an dan 1930-an, populariti permainan badminton ini telah meningkat dengan begitu cepat.

Akhirnya dalam tahun 1934, Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) ditubuhkan di Kent, England. Sembilan negara telah menjadi ahli pada mulanya. Kini jumlah ahli telah meningkat kepada lebih dari 150 negara.

Di Malaysia sejarah perkembangan badminton bermula pada awal tahun 1930-an. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ditubuhkan dalam tahun 1934.

Sebenarnya terdapat berbagai versi asal-usul permainan badminton ini. Untuk maklumat lanjut silalah ke: Wikipedia/Badminton

No comments:

Post a Comment