Friday, June 26, 2015

2003 Mercedes-Benz E240 2.6 Avantgarde Sedan (RM) 65,000.00

2003 Mercedes-Benz E240 2.6 Avantgarde Sedan (RM) 65,000.00
2003 Mercedes-Benz E240 2.6 Avantgarde Sedan (RM) 65,000.00
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Mfg year: 2003
Reg year: 2008
 Transmission : Auto
Engine Capacity: 2600 V6 Engine
New Pirelli tyre
Front: 245/40/18
Rear: 265/35/18
Original Germany Mercedes Sports Rim
nice plate number: 2928 Very good Condition.

Accident free
Buyers are welcome to view the car
Just one past owner.
Well-kept. Top quality.
Must come and view.
Full past service record.
0132275100








Tuesday, June 23, 2015

New Project: Pra - Perancangan Rumah En. Razak

23 Jun 2015
Alhamdulillah.

Saya dihubungi oleh En. Razak dari Ampang bagi membincangkan pra perancangan sebuah rumah yang bakal beliau bina di lot yang terletak di Dusun Tua.

Segala kemaskini perjalanan projek akan saya kongsikan disini.

Saturday, June 20, 2015

Drawing Preview : Moreton House, Bideford, Devon (South of England)

Berikut adalah sedikit preview untuk salah satu projek yang kini sedang berjalan. Projek ini adalah projek untuk mengubahsuai sebuah rumah lama di daerah Devon.

Di bawah adalah gambaran Moreton House ini.
Sila baca sejarah rumah ini di sini: https://en.wikipedia.org/wiki/Moreton_House,_Bideford




Rumah ini telah melalui pelbagai fasa kegemilangan. Tiada tarikh tepat pembinaan rumah ini, namun, yang pasti, pada 2014, ejen hartanah di sana telalh melelong rumah ini dan berjaya dibeli oleh salah seorang Pengurus Perkembangan (Development Manager) di Petrofac Malaysia Limited iaitu Mr. Phillips Harvey.

Apabila beliau berjaya membeli rumah ini, beliau merancang mengadakan beberapa pengubahsuaian bagi sebuah majlis perkahwinan keluarganya disini.

Bagi mendapatkan sebut harga dari kontraktor, beliau memerlukan lukisan pelan bagi rumah ini. Justeru, beliau telah memilih AM Eng & Services bagi menyiapkan pelan perancangan pengubahsuaian ini.

Di bawah adalah salah satu contoh lukisan yang telah di hantar. Bagi melihat selebihnya hasil kerja kami untuk projek ini, anda boleh ke halaman "Projects" kami. (lihat di sidebar sebelah kiri)



 Ini adalah sebagai contoh bagi anda yang ingin melihat hasil kerja kami.


Jika anda berminat mendapatkan perkhidmatan kami, sila hubungi kami dan kami akan adakan sesi perbincangan bagi projek anda dan sebut harga (quotation) akan diberikan kepada anda.

Kepuasan anda adalah jaminan kami.

Terima Kasih.






Friday, June 19, 2015

MENCEBURI PELABURAN UNIT TRUST

Berikut adalah masalah yang mungkin anda hadapi…

>> Anda ingin memulakan pelaburan untuk mendapat kebebasan kewangan bersama keluarga, tetapi tidak tahu landasan yang betul oleh kerana terlalu banyak SCAM yang bertujuan untuk menipu wang anda.

>> Anda ingin memulakan pelaburan, tetapi tidak tahu hendak menyertai pelaburan apa yang menguntungkan.

>> Anda ingin melabur tetapi takut anda akan kehilangan modal pelaburan anda.

>> Anda ingin memulakan pelaburan tetapi anda risaukan modal pelaburan adalah tinggi.

>> Anda ingin memulakan pelaburan tetapi anda risau anda tidak boleh mengeluarkan wang pelaburan anda di saat anda memerlukan wang

Anda pastinya sentiasa inginkan pulangan pelaburan yang tinggi, tetapi sudahkan anda menemui atau sudahkan anda memulakannya?

Pelabur di dalam pelaburan Unit Trust biasanya terdiri daripada mereka yang hanya mempunyai jumlah yang sedikit untuk dilaburkan, mereka yang tidak mempunyai masa atau kepakaran untuk melabur secara terus di dalam pasaran saham.

Sebaliknya, mereka lebih suka melabur di dalam pelaburan yang dikawal selia oleh kerajaan. Pelaburan Unit Trust membenarkan pelabur kecil untuk melabur di dalam skop pelaburean yang sangat luas yang mana biasanya di luar jangkauan mereka.

Memandangkan pelabur mahukan pulangan yang tinggi, pelaburan Unit Trust menyediakan cara yang sesuai kepada mereka untuk mendapat pendedahan kepada pelaburan, yang mana pada tempoh yang lama, boleh menghasilkan pulangan yang sangat besar berbanding akaun simpanan biasa dan akaun simpanan tetap.
Terdapat pelbagai cara untuk membuat pelaburan iaitu:

1 – Melalui potongan EPF (Akaun 1)
Pelaburan KWSP ke unit amanah – Satu Langkah Bijak
Antara cara paling mudah untuk membuat pelaburan dalam unit amanah ialah melalui Skim Pengeluaran KWSP (Akaun 1). Skim ini memberi kemudahan kepada pemegang akaun KWSP yang layak untuk melabur sebahagian daripada amaun akaun 1 dalam dana-dana unit amanah yang diluluskan oleh pihak KWSP.





Baru-baru ini, pihak KWSP mengumumkan dividen bagi tahun kewangan 2011 sebanyak 6% kepada semua pencarum. Ini adalah kadar dividen tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Secara purata kadar dividen simpanan KWSP bagi 10 tahun iaitu sejak 2002 ialah 5.14% sahaja. Perlu diingat bahawa kadar inflasi di Malaysia ialah di sekitar 3% setahun. Dari segi nilai sebenar, simpanan KWSP anda hanya tumbuh sekitar 2.5% peratus setahun.

Dividen KWSP hingga 2010

Persoalannya adakah pulangan sebanyak ini memadai bagi membolehkan anda mempunyai satu jumlah simpanan yang mencukupi apabila bersara pada usia 55 tahun kelak?

Jawapannya, secara purata jumlah simpanan KWSP bagi pesara di Malaysia ialah hanya RM114,000 sahaja dan lebih membimbangkan mengikut satu kajian yang dijalankan oleh pihak KWSP, majoriti pesara habis menggunakan simpanan mereka hanya dalam tempoh kurang daripada 3 tahun!
Akibatnya pesara terpaksa kembali bekerja untuk menampung kehidupan manakala golongan pesara yang uzur kerana masalah kesihatan terpaksa membebankan anak-anak atau mengharapkan belas ikhsan badan-badan kebajikan.

Secara umumnya, pelaburan unit amanah untuk satu jangka masa panjang (10 tahun ke atas) berpotensi memberikan pulangan di antara 12% – 17% setahun. Satu perbezaan yang amat ketara berbanding dividen yang diagihkan oleh pihak KWSP, namun adalah tidak adil untuk membuat perbandingan begini kerana objektif simpanan KWSP ialah pengekalan/simpanan manakala objektif pelaburan unit amanah ialah pertumbuhan modal dan keuntungan jangka panjang.
Tidak ada pilihan lain, langkah paling bijak bagi setiap pemegang akaun KWSP untuk memperolehi pertumbuhan kepada simpanan persaraan yang agak “beku” dalam akaun KWSP ialah dengan melabur dalam unit amanah.
Alangkah amat rugi sekiranya seseorang pencarum tidak berbuat apa-apa terhadap akaun KWSPnya, sedangkan pihak KWSP sendiri melihat kaedah membenarkan pencarum membuat pelaburan ke unit amanah sebagai satu keadah terbaik bagi meningkatkan jumlah simpanan persaraan pencarum.

Dana-dana unit amanah yang mendapat kelulusan pihak KWSP ialah dana-dana terpilih yang memenuhi kriteria tertentu dan tidak “membahayakan” simpanan pencarum. Dana-dana yang diluluskan ini secara umumnya mempunyai rekod pulangan yang baik dan tidak terlalu mendedahkan simpanan pencarum kepada tahap risiko yang terlalu tinggi.

Menerusi Skim Pengeluaran KWSP, pencarum boleh membuat pelaburan ke dana amanah sekali dalam setiap 3 bulan manakala amaun yang dibenarkan ialah sebanyak 20% daripada lebihan Amaun Simpanan Asas seseorang pencarum.




Untuk Mengetahui Sama Ada Anda Layak atau tidak, sila ikuti langkah berikut:
  •       Semak penyata akaun KWSP anda yang terkini atau; 
  •       Semak baki akaun anda di mana-mana Smart Kiosk KWSP di seluruh negara dengan       menggunakan Mykad anda atau;
  • Melayari http://www.kwsp.gov.my sekiranya anda adalah pendaftar 1-akaun 
2.Pelaburan Secara Tunai
Pelaburan tunai dalam unit trust swasta adalah kurang menjadi fokus masyarakat kita. Di dalam pasaran melayu, menyimpan duit dalam dana unit trust selain daripada Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah kurang popular. Sebenarnya tidak semua orang faham bahawa ASB itu sebenarnya ialah satu dana unit trust.

Oleh kerana kemudahan ASB dan jaminan yang diberikan seakan-akan bank, maka orang melayu menjadikan ASB sebagai tempat simpanan mereka yang utama. Bagi golongan yang teliti dalam aplikasi muamalah Islam, mereka mungkin memilih instrumen lain yang jelas taraf halalnya mengikut pengiktirafan Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu tabung haji atau unit trust berasaskan syariah.
Menara PNB, pejabat pengurus dana ASB

Di kalangan ejen unit trust pun pelaburan tunai unit trust kurang dipromosikan kerana bukannya mudah nak mencari pelabur berpotensi yang ada banyak lebihan wang.

Berbanding dengan pelaburan melalui simpanan KWSP, mencari pelaburan tunai unit trust memerlukan usaha yang lebih. Namun, jika ada yang melabur secara tunai ejen akan dapat komisen yang lebih banyak. Jika melabur menggunakan simpanan KWSP, pelabur tidak perlu mengeluarkan duit poket. Tambahan pula mereka faham potensi keuntungan di dalam dana ekuiti adalah lebih baik dalam jangka panjang dibandingkan jika dibiarkan sahaja simpanan mereka di dalam KWSP.
Ramai juga yang tidak mahu membuat pelaburan tunai dalam unit trust kerana pernah ada pengalaman rugi. Cuba bayangkan jika ada pelabur yang masuk ke dana unit trust pada bulan Ogos yang lepas, ketika pasaran tinggi dan menunggu masa sahaja untuk jatuh. Kini nilai pelaburan itu susut hampir 15% jika diambil kira caj jualan.

Kalau orang itu melabur lump-sum berjumlah RM100,000 maka kini dia mengalami rugi atas kertas sebanyak RM15,000. Walaupun pelaburan tunai unit trust ini untuk objektif jangkapanjang, ia tetap ambil masa yang lama untuk kembali balik modal dan seterusnya menjana keuntungan. Faktor ‘timing’ adalah sangat kritikal jika kita mahu membuat pelaburan tunai dalam unit trust.
Kaedah yang lebih baik ialah mengaplikasikan strategi ‘ringgit cost averaging’ dalam pelaburan tunai unit trust. Ia tetap boleh diaplikasikan samaada kita melabur secara lump-sum atau membuat simpanan berkala bulanan / suku tahunan.

1) Pelaburan Tunai Unit Trust – Lump Sum
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, faktor timing adalah sangat kritikal bila kita membuat pelaburan tunai dalam unit trust. Masalahnya kita tidak mampu untuk membuat timing yang baik. Jika sesekali menjadi, itu sebenarnya nasib.
Jika kita membuat pelaburan tunai secara lump sum, maka sebaiknya kita masukkan amaun itu ke dalam dana money market atau bond dahulu. Dana-dana ini adalah lebih selamat kerana tidak volatile. Jadikan dana ini sebagai akaun parking sahaja, dan pelabur buat arahan ‘switching’ secara berkala samaada bulanan atau suku tahunan. Melalui cara ini, pelabur tidak perlu risau masalah timing pasaran. Bila sampai tempoh masa yang ditetapkan, duit daripada dana akaun money market akan dipindahkan ke dana ekuiti.

2) Pelaburan Tunai Unit Trust – Berkala Bulanan atau Suku Tahunan
Ini konsep yang hampir sama dengan orang yang menggunakan produk insurans sebagai instrumen simpanan mereka. Bila dilakukan secara tetap dan berjadual, maka bila sampai masa mereka akan tetap melabur tanpa risaukan harga seunit dana ketika itu. Mereka yakin akan potensi dana itu dan istiqamah dengan objektif pelaburan jangka panjang sedari awal.

Pengalaman : Projek yang telah siap dan sedang berjalan 2015

Berikut adalah senarai projek yang telah siap dan juga sedang berjalan.

AM Eng & Services bukan sahaja menerima projek dari dalam negara, kami juga menerima projek dari luar negara.

Projek:
1. Menyiapkan pelan pembinaan Sebuah Kedai Runcit di Tanjung Karang. (telah siap dan pembinaan sedang berjalan)

2. Menyediakan Model 3D dan pelan perpaipan (piping) untuk GTPOGT - Jetty, Turkmenistan. (Sedang berjalan)

3. Menyediakan pelan untuk sebut harga bagi renovasi rumah bagi Moreton House, Bideford, Devon England. (Sedang berjalan)

Dalam 2013 dan 2014, banyak projek yang kami siapkan.

Dalam Entry seterusnya, kami akan memuat naik contoh-contoh pelan dan 3D model untuk projek-projek yang telah kami siapkan dan juga sedang berjalan.

Terima Kasih.

Pengenalan Kepada Blog yang diperbaharui

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
Salam Ramadhan al Mubarak.

Pertamanya, syukur ke hadrat ilahi saya masih diberi peluang untuk bertemu lagi dengan ramadhan kali ini. Bersyukur juga kerana Allah masih memberi peluang untuk saya mengurus lagi blog ini.

Blog ini wujud hasil daripada idea yang hanya ingin mencoret segala kisah hidup di awal usia penulis. Di awal usia adalah bermaksud tempoh penulis untuk mengenali dan mencari jati diri sendiri di dalam dunia yang berpanca roba ini.

Pada tanggal 1 Ramadhan, penulis mendapat ilham untuk memperbaharui blog yang telah lama diabaikan kerana sibuk dengan hal-hal tugas dan juga aktiviti seharian. Namun, dengan ilham yang dikurniakan, InsyaAllah penulis akan terus memastikan blog ini diuruskan sebaiknya.

Blog ini telah diberikan nama yang baru, iaitu AM Engineering & Services Enterprise (AMEng).
AMEng adalah salah satu entiti perusahaan penulis. Sesuai dengan namanya, AMEng menawarkan khidmat konsultansi untuk Mechanical dan Arkitektur.

Berikut adalah servis yang ditawarkan oleh AM Eng & Services :
  1. Menyediakan dan menyiapkan pelan rumah baharu
  2. Menyediakan dan menyiapkan pelan modifikasi rumah
  3. Menyediakan dan menyiapkan 3D model bagi rumah, fasiliti dan lain lain.
  4. Merekabentuk komponen mekanikal
  5. Menyediakan pelan untuk komponen mekanikal
  6. Menyiapkan pelan terperinci untuk Civil & Struktur

Dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pelanggan, AMEng menggunakan beberapa perisian seperti berikut:
  1. Autodesk Autocad 
  2. Aveva PDMS
  3. Solidworks
  4. Sketch Up 
  5. Navisworks
  6. Autodesk Revit
 AMEng sedia memberikan khidmat kepada semua pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat kami. Anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.

Contact:
Amin
014 500 4891 - Call / SMS
013 227 5100 - Whatsapp / call / sms
010 411 3441 - sms