Saturday, June 20, 2015

Drawing Preview : Moreton House, Bideford, Devon (South of England)

Berikut adalah sedikit preview untuk salah satu projek yang kini sedang berjalan. Projek ini adalah projek untuk mengubahsuai sebuah rumah lama di daerah Devon.

Di bawah adalah gambaran Moreton House ini.
Sila baca sejarah rumah ini di sini: https://en.wikipedia.org/wiki/Moreton_House,_Bideford




Rumah ini telah melalui pelbagai fasa kegemilangan. Tiada tarikh tepat pembinaan rumah ini, namun, yang pasti, pada 2014, ejen hartanah di sana telalh melelong rumah ini dan berjaya dibeli oleh salah seorang Pengurus Perkembangan (Development Manager) di Petrofac Malaysia Limited iaitu Mr. Phillips Harvey.

Apabila beliau berjaya membeli rumah ini, beliau merancang mengadakan beberapa pengubahsuaian bagi sebuah majlis perkahwinan keluarganya disini.

Bagi mendapatkan sebut harga dari kontraktor, beliau memerlukan lukisan pelan bagi rumah ini. Justeru, beliau telah memilih AM Eng & Services bagi menyiapkan pelan perancangan pengubahsuaian ini.

Di bawah adalah salah satu contoh lukisan yang telah di hantar. Bagi melihat selebihnya hasil kerja kami untuk projek ini, anda boleh ke halaman "Projects" kami. (lihat di sidebar sebelah kiri)



 Ini adalah sebagai contoh bagi anda yang ingin melihat hasil kerja kami.


Jika anda berminat mendapatkan perkhidmatan kami, sila hubungi kami dan kami akan adakan sesi perbincangan bagi projek anda dan sebut harga (quotation) akan diberikan kepada anda.

Kepuasan anda adalah jaminan kami.

Terima Kasih.






No comments:

Post a Comment