Friday, June 19, 2015

Pengenalan Kepada Blog yang diperbaharui

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
Salam Ramadhan al Mubarak.

Pertamanya, syukur ke hadrat ilahi saya masih diberi peluang untuk bertemu lagi dengan ramadhan kali ini. Bersyukur juga kerana Allah masih memberi peluang untuk saya mengurus lagi blog ini.

Blog ini wujud hasil daripada idea yang hanya ingin mencoret segala kisah hidup di awal usia penulis. Di awal usia adalah bermaksud tempoh penulis untuk mengenali dan mencari jati diri sendiri di dalam dunia yang berpanca roba ini.

Pada tanggal 1 Ramadhan, penulis mendapat ilham untuk memperbaharui blog yang telah lama diabaikan kerana sibuk dengan hal-hal tugas dan juga aktiviti seharian. Namun, dengan ilham yang dikurniakan, InsyaAllah penulis akan terus memastikan blog ini diuruskan sebaiknya.

Blog ini telah diberikan nama yang baru, iaitu AM Engineering & Services Enterprise (AMEng).
AMEng adalah salah satu entiti perusahaan penulis. Sesuai dengan namanya, AMEng menawarkan khidmat konsultansi untuk Mechanical dan Arkitektur.

Berikut adalah servis yang ditawarkan oleh AM Eng & Services :
  1. Menyediakan dan menyiapkan pelan rumah baharu
  2. Menyediakan dan menyiapkan pelan modifikasi rumah
  3. Menyediakan dan menyiapkan 3D model bagi rumah, fasiliti dan lain lain.
  4. Merekabentuk komponen mekanikal
  5. Menyediakan pelan untuk komponen mekanikal
  6. Menyiapkan pelan terperinci untuk Civil & Struktur

Dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pelanggan, AMEng menggunakan beberapa perisian seperti berikut:
  1. Autodesk Autocad 
  2. Aveva PDMS
  3. Solidworks
  4. Sketch Up 
  5. Navisworks
  6. Autodesk Revit
 AMEng sedia memberikan khidmat kepada semua pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat kami. Anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.

Contact:
Amin
014 500 4891 - Call / SMS
013 227 5100 - Whatsapp / call / sms
010 411 3441 - sms

No comments:

Post a Comment