Sunday, March 20, 2011

Antara Pekerja dan Pelajar

Salam dan selamat pagi semua.

Pagi2 yang sejuk ni, membuatkan aku menpostpone sedikit masa mandiku untuk ke tempat kerja. Dengan kerja di tempat baru ni, aku kena bangun seawal 6pagi, bersiap kerana kerja aku bermula 7.45 a.k.a 8.oopagi. Minggu pertama memang susah jugak nk biasakan diri, tp selepas tu, dah mcam rutin.

Kat mane aku keje skang???? Skang aku bekerja dekat G-tower, heart of KL. hehe. Di sebuah syarikat oil n gas, DPS Bristol (M) Sdn Bhd. Tengok Bangunan kt bawah ni, cantik kan tempat kerja aku.



Jawatan aku kt DPS tu sebagai backup draughter je, SCOPUS Engineering yang menghantar aku untuk berkhidmat dengan DPS selama sebulan. Penat jugak kerja di DPS ni, kerja macam robot, aku xkan berhenti kerja selagi belum tiba waktu rehat atau waktu balik, ala ala jepun gitu..hehe.

ok, itu mukaddimah pasal kerja baru aku. Tp ia berkaitan dengan tajuk kt atas tu. Korang fikir, masa korang study dulu, korang msti rase nyampah sebab kene bangun pagi, pergi kelas, kelas plak pack sgt. Korang mesti rase nk kerja cepat2 sebab nk bebas kan. Ha3, itu adalah apa yang aku rasa.

Namun, sangkaan kita x selalunya betol, jika aku compare kehidupan aku bekerja sekarang, dengan waktu kerja yang padat, hari-hari pada waktu yang sama, kerja yang sentiasa banyak dan macam2 karenah org atasan,aku akan katakan yang zaman belajar adalah zaman yang terindah. ha3. memang betol pon, korang akan rasa menghargai zaman korang belajar bile korang dah masuk jadi pekerja nanti. Aku sekarang bile teringat zaman belajar n zaman sekolah, pasti aku terkilan dan menitiskan airmata, pasal rindu sgt waktu tu, dengan kawan2 yang satu kepala, semua benda kita boleh wat, ade suka dan duka.

Jadi, kalau korang semua ni pelajar, hargailah waktu korang belajar tu, sesungguhnya waktu itu tidak akan berulang lagi, even korg sambung master pon, mase korg bergelar pelajar or budak sekolah, ianya tdak akan sama lagi.

tapi. walau apapun, hidup mesti diteruskan. hehe. so, oleh sebab untuk melangsungkan hidup aku ni, aku kene stop dulu entry kali ni, aku kene brsiap untuk ke Ofis.

Salam, Rise and Shine everybody.

No comments:

Post a Comment