Friday, February 25, 2011

Alkisah Mat Rempit Yang Kelakar.





Mat Rempit, korang tahu ke tak apa yang di maksudkan dengan mat rempiT?? Hahaha, sudah tentu anda terbayang seorang penunggang yang membuat aksi stunt di atas motosikal kapcai mereka. hehe. Tetapi, kali ini saya bukanlah ingin berbicara tentang baik dan buruk mat rempit mahupun berbicara untuk mengajak anda merempit. Tetapi, saya hanya ingin bercerita tentang satu kejadian lucu di malam sabtu tanggal 25feb2011 ini.

Ha3,Ha3,Ha3,Ha3....

Memang saya tergelak dengan kejadian yang saya anggap sebagai lucu dengan seorang mat rempit ni. (rempit ke????)

Pada malam tersebut, saya bersama dengan seorang kawan seperjuangan saya, menunggang motosikal dalam hujan yang renyaI2 dari Bukit Beruntung nk ke Ampang. Perjalanan kami amatlah lancar dengan kegilaan kami di atas motor. Kami berdua memang cepat ketawa bila terdapat sesuatu yang lucu. hehe.

Namun, kesemutan perjalanan kami diganggu dengan sebiji yamaha 125Z bernombor WLU****.
Beliau meng'overtake' kami di jalan berhampiran susur keluar ke Genting Highland, selepas Taman Sri Gombak. Kami yang menunggang Motosikal Yamaha 125zr juga ni, hanya melihat beliau yang memotong kami td dengan selamba.

Saya adalah penunggang utama yang suka menunggang ala-ala Rossi (koya...) ni pon bercilok la kerana kawasan itu kawasan fevret saya untuk cilok. Apabila sampai dekat dengan Taman Permata, saya melihat sebuah motosikal yamaha 125z lg. Rupa-rupanya, motosikal tersebut adalah beliau yang meng'overtake' kami td. Dengan tanpa sebarang niat, kami memotong la beliau.

Tetapi hal terbabit tidak berhenti di situ, beliau yang agak bengis dengan motornya yang berbunyi seperti anjing Polis tu, mengekori belakang kami.Kami hanya bersahaja. Tiba di susur keluar untuk ke Bukit Antarabangsa, sebuah mercedes di hadapan membelok ke kiri, dan kami memberi laluan dan memotong di sebelah kanan kereta tersebut. Tiba-tiba, beliau yang td di belakang kami memotong kami, saya yang td telah shift ke gear 3, membuat satu penarikan kepada jentera Yamaha kami tersebut, namun, dengan tanpa belas kasihan, beliau drop ke gear 2 (agak-agak) dan meninggalkan kami di belakang.

Berang dengan tindakan tersebut, saya yang sedikit tercabar mencilok dan mencilok dan memecut hinggalah berjaya memotong beliau dengan hanya kelajuan 110km/h. Beliau yang nampak seakan semakin bengang, mengejar kami, namun dengan sedikit kepakaran mencilok walaupun saya ni bukan mat rempit, beliau jauh tertinggal di belakang.

Semasa berhampiran susur keluar ke Jalan Ampang, beliau terus memecut sehingga berbunyi seperti enjin jentera beliau meraung, dan kami membiarkan sahaja lagak beliau tersebut. Setelah berada di atas fly over MRR2 di atas Jalan Ampang tersebut, saya dengan berani membuat potongan karipap di hadapan beliau dengan kelajuan 130km/h lg satu calit untuk ke 140km/h, dan saya membakar beliau dengan deruman jentera kami. Setelah kami membelok ke kiri memasuki kawasan perumahan kami, beliau dengan bengang sekali memblow enjin beliau, dan kami membalasnya membuatkan beliau bengang dan terus berlalu pergi.

Moralnya di sini, kita janganlah melihat seseorang yang lemah itu lemah. Kita tidak perlu lah meng'underestimate' orang lain. hehe. Dan dalam cerita ini, kami telah menang kerana telah sampai ke destinasi yang kami tuju dengan selamat.

Sekian, sehingga berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment