Friday, February 25, 2011

Peniaga Pasar Malam::::Kemahiran Asli

Selamat pagi semua. 25feb2011, hari yang memenatkan. Setelah menyelesaikan beberapa perkara, akhirnya dapat juga saya ruang waktu untuk menulis weblog kepunyaan saya ini. Melihat kepada tajuk di atas, saya bukanlah ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada tajuk yang tertera di atas, namun, ia adalah sebahagian daripada isi kandungan perkara yang berlegar di dalam kepala dan minda saya ini.

Jumaat, 25feb2011, Seorang insan Mohd Al Amin itu, seperti biasa, paginya bangun dan ke Ofis untuk bekerja. Pada waktu tengahari, saya ke masjid untuk solat jumaat. Dek kerana kebosanan berada di ofis yang sekarang seolah-olah seperti cc kerana projek belum lagi kami terima daripada Project Engineer, saya dan saudara seperjuangan saya iaitu Muhamad Firdaus, mengambil keputusan untuk balik awal dan membuat keputusan ke arah pekan Rawang dan Bukit Beruntung untuk mengambil motosikal saya yang sudah lama ditinggalkan di sana.

Di Bukit Beruntung, kami terpaksa mengusung motosikal Yamaha 125zr saya itu dari tingkat 2 apartment kerana lif di sana rosak. Kami berdua seolah-olah dua orang badang yang agak kuat kerana berjaya dengan misi kami tersebut. Bagi meraikan kejayaan tersebut, saya berhasrat membelanja saudara seperjuangan saya itu. Justeru, kebetulan di situ terdapat sebuah pasar malam.

Di Pasar malam tersebut, Bermulalah kisah tentang seorang peniaga ayam di situ. Sambil menunggu kakak saya mendapatkan lauk untuk juadah kami makan malam td, saya menunggu kakak yang saya sebutkan tadi di bahagian parking motosikal. Di situ, saya asyik memerhati gelagat dua orang peniaga ayam di pasar malam tersebut. Saya seolah-olah kaget dan kagum dengan kemahiran beliau memotong ayam. Anda Cuba bayangkan, beliau dapat memotong seekor ayam yang lengkap dengan kaki, kepala dan organ dalaman dalam masa tidak lebih 2minit. Saya hairan dengan kepakaran beliau berdua ini. Di dalam kotak fikiran saya,saya tertanya-tanya, bagaimana mereka menjadi semahir itu, sedangkan seorang suri rumah yang selalu memotong dan menyiang ayam pun tidak dapat menandingi peniaga ayam tersebut. Jika kemahiran seperti mereka ini diketengahkan ke restoran-restoran terkenal, pasti mereka akan mendapat suatu impak dari segi pendapatan mereka.















OOOHHH Malaysia, negaraku yang ckup indah. Mempunyai keunikan tersendiri. Semua lapisan Masyarakat yang berada dengan mu Malaysia, mempunyai keunikan tersendiri. Aku sebagai Rakyat Malaysia bersyukur akan keindahan ini.

Berbalik kepada peniaga td, saya berdoa mereka akan mendapat rezeki yang halal dan diberkati Allah serta dijauhi dengan hasad dengki manusia serta gangguan syaitan.

Moral yang boleh kita lihat di sini, kita tidak boleh memandang remeh dengan profession orang lain kerana setiap profession mempunyai kepentingan serta beneficial yang tersendiri. Jika kita fikir, jika tiada peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja, di mana kita akan mendapat sumber makanan kita. Jadi, anda fikirkanlah, walau setinggi mana pun anda berada, anda tetap memerlukan orang bawahan bagi melengkapkan segala urusan anda.

Berbalik kepada urusan harian saya tadi, setelah menunggu, kami bertiga (saya, kakak dan anaknya, my lovely baby boy) beredar. Kakak saya sempat membeli ayam di gerai peniaga ayam tersebut. Murah rezeki dan semoga Allah memberkati mereka.

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment