Thursday, February 23, 2012

Pelaburan Dalam Unit Trust

Mungkin inilah yang dikatakan waktu mematangkan kita, sebenarnya, semenjak dua menjak ini, aku selalu terfikir akan hari tua aku nnt, bagaimana aku akan dapat meneruskan kehidupan kerana tiada pencen kepada aku yang bekerja swasta ini, cuma berharap kepada wang KWSP. Jd aku bercadang untuk membuka pelaburan unit amanah. jadi, jom kita tinjau.

KWSP Meluluskan Pelaburan Akaun 1 ke Unit Trust

Pelaburan ke dalam Unit Trust di luluskan oleh KWSP. Jadi kenapa anda sebagai pencarum perlu risau sebab KWSP pastinya telah menjalankan penyelidikan dan kajian tentang pelaburan KWSP sebelum membenarkan ahlinya mengeluarkan simpanan dari akaun 1. Untuk pengetahuan anda, akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan untuk tiga tujuan sahaja

  • Apabila anda meninggalkan dunia ini
  • Kedua, apabila anda berumur 55 tahun
  • Ketiga, untuk pelaburan unit trust

Jadi, anda di usia yang masih muda, kenapa anda memilih untuk memerap dana dalam Akaun 1 KWSP yang memberikan pulangan yang ciput. Ok beralih kepada sebab kedua kenapa anda patut membuat pelaburan KWSP dalam dana Unit trust.

Dividend KWSP Sekitar 5%-6% Sahaja

Tahukah anda secara purata jumlah pulangan dividen KWSP setiap tahun adalah lebih kurang 5% manakala wang tersebut boleh memberi pulangan purata 10%-15% setahun jika ‘dialihkan’ ke dalam dana saham amanah yang diuruskan oleh pengurus dana yang berpengalaman. Malah, kadar pulangan purata untuk salah satu dana yang kami kendalikan adalah hampir 20% setahun jika dilaburkan dari bulan Januari 2009 hingga bulan Januari 2012.

Pesara Tak Cukup Simpanan Selepas Pencen

Beberapa kajian yang dibuat menunjukkan ramai pesara di Malaysia menghabiskan wang simpanan KWSP mereka dalam tempoh 3 tahun. Memandangkan purata ‘life expectancy’ rakyat Malaysia adalah 75 tahun, dan bersara ketika berumur 55 tahun, kita ada 20 tahun selepas persaraan untuk meneruskan kehidupan dengan bergantung kepada wang simpanan KWSP.

Sekiranya anda mula berkerja dan mula mencarum simpanan KWSP ketika berumur 25 tahun dan tidak pernah langsung mengeluarkannya sehinggalah anda bersara ketika umur 55 tahun, mungkin jumlah simpanan yang terkumpul adalah agak tinggi. Tetapi rata-rata daripada kita akan mengeluarkan sebahagian dari simpanan tersebut untuk pembelian rumah, perubatan, pendidikan dan lain-lain tujuan seperti yang dibenarkan oleh KWSP. Akibatnya simpanan yang akhirnya tinggal untuk persaraan terlalu kecil untuk menampung kegunaan selepas persaraan.

Secara umumnya masyarakat kita sekarang mendirikan rumahtangga dalam usia yang lebih lewat jika dibandingkan dengan generasi-generasi yang lalu. Ini menyebabkan di usia ketika anda mula menempuh persaraan, sebahagian daripada simpanan KWSP mungkin perlu digunakan untuk kos pendidikan anak-anak yang baru mula menempuh alam pembelajaran di institusi pengajian tinggi.

Pastinya anda mahu menjadi Jutawan dengan simpanan KWSP selepas persaraan, betul kan? Hanya dengan pelaburan KWSP boleh merealisasikan impian anda.

Inflasi mengecutkan Nilai Simpanan KWSP

Musuh yang paling besar terhadap perancangan kewangan ketika persaraan adalah inflasi. Ketika anda masih berkerja, kesan inflasi mungkin tidak terlalu ketara kerana mungkin dapat diimbangi oleh kenaikan gaji anda. Tetapi diwaktu persaraan kadar pendapatan anda selalunya tetap dan tiada kenaikan manakala kadar inflasi selalunya semakin meningkat. Kadar inflasi juga menghakis pulangan dividen KWSP. Sebagai contoh kadar inflasi pada tahun 2011 ialah sekitar 4%.

Wahai Sahabatku….

Disebabkan itulah KWSP telah memberi kebenaran kepada pencarum untuk membuat pilihan mengalihkan sebahagian daripada wang simpanan KWSP mereka untuk membolehkan ia ‘berkerja’ untuk menjana pulangan yang lebih tinggi melalui skim pelaburan ahli KWSP.

Jadi usahlah bertangguh lagi….tahukah anda dengan pulangan 15% setahun, sejumlah wang boleh bertambah SEKALI GANDA dalam masa kurang 5 tahun, anda bayangkan….

  • RM5,000 berganda menjadi RM10,000
  • RM10,000 berganda menjadi RM20,000
  • RM50,000 berganda menjadi RM100,000

Bayangkan juga berapa banyak wang simpanan KWSP anda boleh berganda jika anda benarkan ia ‘berkerja’ selama 10 tahun? 15 tahun ? 20 tahun? Ini semua hampir pasti TIDAK akan tercapai jika anda hanya biarkan keseluruhan wang simpanan anda di KWSP.

Usah berlengah lagi, setiap kali anda bertangguh, anda kehilangan potensi gandaan yang amat besar!!

Setiap tahun yang berlalu, anda telah RUGI masa yang amat berharga untuk menggandakan wang persaraan anda!

Dan bukankah masa adalah wang…masa adalah emas?



http://bigfishteam.wordpress.com/2012/02/14/pelaburan-kwsp-merugikan-pencarum-kwsp/

No comments:

Post a Comment