Thursday, February 23, 2012

Public Mutual Investment::::::Mengira Keuntungan Pelaburan::

Semalam, aku berkira-kira untuk membuat pelaburan dalam Public Mutual Investment, tetapi sebelum nk invest, mesti nak mengetahui kadar pendapatan dan cara pengiraan keuntungan. .

Mari kita cuba buat pengiraan ringkas untuk membuka minda bakal-bakal pelabur dalam Unit Trust ini. Ada yang kurang pasti punca keuntungan yang bakal mereka perolehi. Perlu diingat, pelaburan dalam Unit Amanah adalah berasaskan unit.

1. Pembelian unit pelaburan pertama kali.

Katakan seorang pelabur muda, telah melabur untuk simpanan jangka panjang beliau seperti maklumat dibawah.

Modal pelaburan bagi dana PIDF = RM 5,000.00

Servis Caj yang dikenakan = 5.5%

NAV unit (harga seunit) = RM 0.2100 per unit

Tempoh pelaburan diabaikan.

Panduan Asas:

  • Jumlah Pelaburan = Modal permulaan / Jumlah caj perkhidmatan
  • Jumlah Caj perkhidmatan = Caj Perkhidmatan x Jumlah pelaburan
  • Unit Yang Diperolehi = Jumlah Pelaburan / NAV per unit (harga seunit)

Formula Asas:

Jumlah Pelaburan = Modal / [ cas perkhidmatan + 1 ]

–> Masukkan data pelaburan di atas ke dalam formula.

1. Jumlah pelaburan = RM 5000.00 / [ 5.5% + 1 ]

= RM 5000.00 / 1.055

= RM 4739.00 <– inilah wang anda untuk pelaburan setelah ditolak caj perkhidmatan.

Nak tahu nilai caj perkhidmatan.

2. Jumlah Caj Perkhidmatan = Caj perkhidmatan x Jumlah pelaburan

= 5.5% X RM 4739.00

= RM 261.00 <– ini caj perkhidmatan yang perlu anda bayar jika modal RM 5,000.00

Unit yang anda perolehi.

3. Unit perolehi = Jumlah pelaburan / NAV dana tersebut

= RM 4739.00 / RM 0.2100 per unit

= 22,567 unit <– ini jumlah unit pelaburan anda


Ingat!. Pembelian semasa pada harga unit yang rendah akan membolehkan anda mendapat tukaran kepada jumlah unit yang lebih banyak berbanding pembelian pada harga semasa unit yang tinggi. :)

Katakan, pengagihan pada tahun tersebut yang diumumkan adalah sebanyak 2 sen, maka pengagihan yang bakal diperolehi oleh pelabur adalah seperti berikut:-

22,567 unit X RM 0.0200 = RM 451.00

Keuntungan daripada pengagihan tersebut akan diberikan dalam bentuk unit kepada pelabur. Nilai di atas akan dipecahkan kepada unit-unit seperti berikut:-

Andaikan harga unit semasa bagi dana PIDF telah berubah kepada RM0.2200/unit.

Jadi , RM 451.00 ÷ RM 0.2200/unit = 2,050 unit baru .

Oleh itu, unit asal adalah ( 22,567 ) + unit baru ( 2,050 ) = ( 24617 ) unit keseluruhan.

Unit ini iaitu sebanyak 24,617 akan dilaburkan secara automatik untuk tahun akan datang.

Begitulah setiap tahun sehingga pelabur muda tersebut menjual unit-unit dalam akaunnya.

2. Jualan Balik Unit-unit dalam Dana PIDF.

Andaikan pelabur tersebut ingin menjual semua unit dana PIDF setelah mendapat pengagihan seperti di atas.

Jumlah unit baru sebanyak 24,617 tadi akan memberi nilai pulangan kepada pelabur muda tadi.

Contoh jualan unit:-

Katakan, harga semasa dana PIDF adalah RM 0.2200, anda boleh membuat jualan balik unit-unit tersebut kerana harganya tinggi daripada harga belian dahulu. Pengiraan adalah seperti berikut:-

24,617 unit X RM0.2200 = RM 5415.74

RM 5,415.74 adalah hasil daripada pelaburan pelabur muda tersebut. Jangka masa diabaikan dalam contoh diatas.

Secara kesimpulan, pelabur muda mendapat punca keuntungan daripada modal yang dilaburkan daripada:-

  • Agihan yang diberikan
  • Turun-naik harga unit dana. (beli masa murah jual pada harga tinggi)
  • Pecahan unit ( pecahan unit boleh dikatakan sebagai bonus kepada pelabur. waktu tertentu sahaja diberikan dan tiada ketetapan)

Walau bagaimana pun terdapat Servis Caj lain yang akan dikenakan setiap tahun, iaitu sebanyak 1.5% dari nilai NAV, bergantung kepada servis caj – servis caj yang telah dikenakan mengikut dana-dana tertentu.


Credit to Ahmad Hanizam Abdullah


No comments:

Post a Comment