Thursday, February 23, 2012

Pelaburan, Simpanan, Perlindungan

Masih ramai lagi orang ramai di luar sana yang belum jelas maksud dan juga fungsi antara pelaburan, simpanan dan perlindungan berbeza antara satu sama lain. Takaful untuk perlindungan, manakala akaun bank untuk simpanan dan saham serta unit amanah untuk pelaburan. Setiap satu mempunyai fungsi dan peranan tersendiri.

Takaful adalah untuk persediaan bagi menghadapi saat-saat kecemasan dan musibah seperti masuk hospital, sakit kritikal, lumpuh dan kematian.

Fungsi simpanan pula terbahagi kepada tiga iaitu:

  • Jangka pendek
  • Jangka sederhana, dan
  • Jangka panjang.

Saudara pengunjung blog, fungsi simpanan jangka pendek adalah untuk memperuntukkan sebahagian wang untuk masa-masa kecemasan yang tidak dilindungi takaful seperti paip bocor, kereta rosak, serta duit hilang.

Fungsi simpanan jangka masa sederhana pula adalah seperti perancangan percutian dan pembelian perabot.

Fungsi jangka masa panjang pula adalah seperti pendidikan anak-anak, persaraan, dan pembelian rumah.

Fungsi pelaburan pula adalah untuk menggandakan wang simpanan yang ada.

Begitu juga halnya dengan takaful. Memang benar, kita boleh menggunakan takaful sebagai peralatan untuk simpanan dan pelaburan, tetapi hasilnya sudah tentu berbeza apabila kita menyimpan di dalam bank atau melabur di ASB.

Apabila kita menyimpan wang di dalam bank, beberapa bulan selepas itu kita boleh mengeluarkan jumlah yang sama sebagaimana yang kita simpan. Apabila kita menyimpan RM100 sebulan ke dalam bank, kita akan mendapat RM1,200 selepas setahun kita menyimpan. Mungkin dengan sedikit keuntungan.

Untuk pengetahuan semua, ini tidak berlaku apabila kita menyimpan dalam takaful. Wang sumbangan untuk setiap polisi takaful, hanya sebahagian kecil yang masuk ke dalam akaun simpanan. Apabila kita membayar RM100 sebulan untuk polisi takaful, kita tidak akan dapat mengeluarkan RM1,200 selepas setahun menyertai skim ini.

Apabila menyertai skim takaful dengan bayaran RM 100 sebulan, sekiranya berlaku musibah dalam tempoh tersebut, kita bukan sahaja mendapat RM1,200. Malah berpuluh kali ganda dan mungkin mencecah seratus kali ganda daripada wang simpanan kita.

Inilah yang membezakan takaful dengan peralatan-peralatan kewangan yang lain.

Saya pasti dengan perkongsian ini anda telah sedikit sebanyak faham mengenai 3 konsep ini, iaitu Pelaburan, Pelindungan dan simpanan

No comments:

Post a Comment